Sunday, December 26, 2004

Selamat Tahun Baru 2005

assalamualaikum wbt...sidang pembaca sekelian....

sebenarnya takder idea nak tulis apa..but cubalah jugak memerahkan otak ini untuk mencoretkan sepatah dua kata...

2004 makin meninggalkan kita...2005 tinggal beberapa hari jer lagi....biasanya kalu nak masuk tahun baru ni soalan paling famous adalah...apa azam tahun baru ni? errr...azam tahun 2004 dah tercapai ker?

kadang2 pelik jugak manusia ni...saban tahun menambah dan memberikan azam yang baru...sedangkan kebanyaknnya azam hanyalah tinggal azam..termasukla diri ini...

tapi kalu takdok azam cam takdok matlamat ploks... kalu takdok matlamat hilangla seri hidup kita ni...

berbalik pada azam...walau apapun yang kita azamkan di tahun baru ini...walau azam kita yg tahun lepas belum menjadi...janganlah kita berhenti berharap dan berputus asa...

yang penting sekali biar apa azam kita..biarlah ia selari dengan tuntutan agama dan syariat...agar tahun baru kita bukan hanya sekadar tahun baru...agar ada keizzahannya di situ...

wassalam wa wallauhua'lam

ps: bercakap pasal azam..teringat kat seorang sahabat yg bernama azam...





Monday, October 18, 2004

sakaratul maut...

pagi tadi datang keja dikejutkan dgn berita kematian adik kepada seorang sahabat... terkejut jugak kerana sahabat itu agak rapat ngan aku...al-fatihah...harap sahabat dan keluarga tabah menghadapinya...

sesungguhnya semua yg hidup akan menghadapi saat kematian...hanya Allah yang tahu bila, di mana dan macammana....mulia atau mati terseksa...

alangkah baiknya adik sahabat ini kerana matinya pada bulan yang mulia...Bulan Ramadhan

alangkah indahnya jugak sekiranya dapatku mati syahid...

Allah Matlamat kami...
Syahid di Jalan Allah cita Tertinggi kami